Kursus Pemasaran Online, 27hb Ogos 2016, 9 pagi - 6 petang, DPMM Melaka. Tempat amat terhad.   Anda  berpeluang mempelajari teknik baru dalam pemasaran online.  Jangan ketinggalan.












MAKLUMAN / INFO


KAMI TELAH BERPINDAH...
PEJABAT KAMI TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BARU SEPERTI DI BAWAH:-
No. 71 & 73, Jalan SP 4,
Taman Semabok Perdana,
75050 Semabok, Melaka.

TABUNG DAN SKIM BANK NEGARA MALAYSIA UNTUK PKS
Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan akses pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk tujuan pengembangan perniagaan bagi membantu peningkatan dalam kapasiti pengeluaran dan keperluan modal kerja.

Tabung dan skim BNM untuk PKS disalurkan melalui institusi kewangan pelaksana dan masih ditawarkan kepada PKS seperti berikut:     1. Tabung Industri Kecil dan Sederhana (TIKS 2) : RM623.2 juta masih lagi boleh dipohon pada akhir Mac 2015
                 2. Tabung Usahawan Baru 2 (TUB 2) : RM1,377.7 juta masih lagi boleh dipohon pada akhir Mac 2015
                 3. Tabung Perusahaan Mikro (TPM) : RM60.8 juta masih lagi boleh dipohon pada akhir Mac 2015
Sila Rujuk Maklumat berkaitan Jadual Perbandingan Ciri-Ciri Produk Pembiayaan Mikro dengan klik di sini...
NOTA: Definisi Perusahaan Mikro adalah perniagaan yang mempunyai jumlah jualan tahunan kurang daripada RM300,000 berdasarkan sektor ekonomi; atau bilangan pekerja sepenuh masa adalah kurang daripada lima (5) orang.

SKIM PEMBIAYAAN PUTRA

MARA telah menyediakan skim pembiayaan PUTRA iaitu sehingga maksimum RM10,000 kepada golongan belia/generasi muda tanpa sebarang kadar keuntungan, jaminan atau cagaran dan tempoh bayaran balik sehingga tiga tahun.  Antara syarat pembiayaan adalah warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 hingga 40 tahun, mempunyai tempat perniagaan/perniagaan online, perniagaan berdaftar dengan SSM, lesen perniagaan daripada PBT jika berkaitan, tidak termasuk dalam Senarai Hitam MARA, tidak pernah mendapat kemudahan pembiayaan MARA dan telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga bulan. Baca selanjutnya...

PEMBIAYAAN MIKRO-i MPKK
Skim Pembiayaan Mikro Penjaja dan Peniaga Kecil (Pembiayaan Mikro-i MPPK) diperkenalkan oleh KPDNKK melalui Bank Rakyat kepada penjaja dan peniaga kecil untuk membantu menaik taraf perniagaan dengan pembiayaan sehingga RM50,000.00. Antara ciri-ciri produk adalah pembiayaan sehingga RM50,000.00, tempoh pembiayaan sehingga 108 bulan dan pembiayaan tanpa faedah, tanpa penjamin dan tanpa cagaran.  Dapatkan maklumat lanjut tentang Pembiayaan Mikro-i MPPK dengan klik di sini...

Kedai Untuk Disewa
Rumah kedai 4 tingkat di No. 42, Taman Nirwana, Batang Tiga, Klebang, Melaka.
Sila hubungi Urusetia u.p: Puan Asmah untuk maklumat lanjut.

Kad Perjalanan Perniagaan APEC
Khusus Untuk Ahli DPMM Melaka: Ketahui cara untuk memohon kad Perjalanan Perniagaan Asia-Pacific Economic Coperation (APEC) dan faedah serta keistimewaannya.  Sila hubungi Urusetia u.p: Puan Asmah untuk maklumat lanjut.




















MENGENAI KAMI
SELAMAT DATANG KE MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA
MAKLUMAN AKTIVITI / PROGRAM SEMASA
PAUTAN PANTAS
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA
NEGERI MELAKA

No. 71 & 73, Jalan SP 4,
Taman Semabok Perdana,
75050 Semabok, Melaka.
Tel: 06-2832298
Fax: 06-2845663
Emel: dpmmmelaka@gmail.com
Tender / Sebutharga / Geran / Dana
Tender dan Sebutharga
Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil
(Small Debt Resolution Scheme)
Jadual Perbandingan Skim Pembiayaan Mikro Institusi kewangan
Tabung Projek Usahawan Bumiputera - Islamic (TPUB-i)
Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH)
- Brosur Pembiayaan SPTH oleh CGC
- Taklimat Dasar Teknologi Hijau oleh Pusat Teknologi Hijau Negara (PHTN)
- Taklimat Ciri-Ciri Skim Pembiayaan SPTH oleh CGC
Skim Jaminan Usahawan MARA oleh Bank Muamalat
Pautan
DPMM Negeri-Negeri
Persatuan dan Organisasi
Agensi Kerajaan berkaitan usahawan
dpmmnm.org@2015
Lawatilah laman web ahli-ahli DPMM Negeri Melaka di sini
 
follow me on facebook
follow me on google plus