MENGENAI KAMI
PAUTAN PANTAS
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI MELAKA
No. 71 & 73, Jalan SP 4,
Taman Semabok Perdana,
75050 Semabok, Melaka.
Tel: 06-2832298
Fax: 06-2845663
Emel: dpmmmelaka@gmail.com
dpmmnm.org@2015
FAEDAH MENJADI AHLI
1.
Setiap nama dan syarikat berdaftar sebagai ahli Dewan dimasukkan di dalam direktori dan bank data Dewan.  Ini digunakan untuk memperkenalkan syarikat-syarikat ahli kepada pihak Kerajaan, agensi-agensi kerajaan, kedutaan Malaysia di luar negara, pihak swasta dalam negeri/luar negara dan institusi-institusi kewangan bagi mengenalpasti peniaga-peniaga Bumiputera yang layak untuk menjalankan projek mereka.
2.
Ahli Dewan juga diberi keutamaan dalam menyertai kursus-kursus latihan, seminar, forum, dialog dan berbagai-bagai aktiviti anjuran Dewan dengan bayaran minimum.
3.
Dengan menjadi ahli Dewan, peniaga Melayu dapat memperluaskan perhubungan/perjumpaan perniagaan sesama mereka atau dengan pihak luar.
4.
Bagi ahli yang menghadapi masalah perniagaan, Dewan ada menyediakan perkhidmatan kaunseling serta lain-lain bantuan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh ahli-ahli Dewan.
5.
Dewan juga menyediakan beberapa kemudahan untuk ahli-ahlinya mendapatkan perkhidmatan faks, fotokopi, komputer, bilik mesyuarat / persidangan dan mengeluarkan sijil tempasal (certificate of origin).