|
1. |
Setiap nama dan syarikat berdaftar sebagai ahli Dewan dimasukkan di dalam direktori dan bank data Dewan. Ini digunakan untuk memperkenalkan syarikat-syarikat ahli kepada pihak Kerajaan, agensi-agensi kerajaan, kedutaan Malaysia di luar negara, pihak swasta dalam negeri/luar negara dan institusi-institusi kewangan bagi mengenalpasti peniaga-peniaga Bumiputera yang layak untuk menjalankan projek mereka. |
2. |
Ahli Dewan juga diberi keutamaan dalam menyertai kursus-kursus latihan, seminar, forum, dialog dan berbagai-bagai aktiviti anjuran Dewan dengan bayaran minimum. |
3. |
Dengan menjadi ahli Dewan, peniaga Melayu dapat memperluaskan perhubungan/perjumpaan perniagaan sesama mereka atau dengan pihak luar. |
4. |
Bagi ahli yang menghadapi masalah perniagaan, Dewan ada menyediakan perkhidmatan kaunseling serta lain-lain bantuan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh ahli-ahli Dewan. |
5. |
Dewan juga menyediakan beberapa kemudahan untuk ahli-ahlinya mendapatkan perkhidmatan faks, fotokopi, komputer, bilik mesyuarat / persidangan dan mengeluarkan sijil tempasal (certificate of origin). |