MENGENAI KAMI
PAUTAN PANTAS
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI MELAKA
No. 71 & 73, Jalan SP 4,
Taman Semabok Perdana,
75050 Semabok, Melaka.
Tel: 06-2832298
Fax: 06-2845663
Emel: dpmmmelaka@gmail.com
dpmmnm.org@2015
KATEGORI


FASAL 6.2.1










FASAL 6.2.2
AHLI BIASA (INDIVIDU)

Melayu yang menjalankan perniagaan sebagai tuan punya tunggal,atau tuan punya bersama di dalam sesuatu firma yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 di semenanjung Tanah Melayu atau Sabah atau Sarawak atau mana mana Wilayah Persekutuan. Seseorang yang memohon untuk menjadi ahli mengikut peruntukkan Fasal ini hendaklah mendaftar dengan menggunakan nama perniagaan atau perkongsian tersebut. Untuk tujuan itu beliau perlulah mendapat kebenaran daripada rakan–rakan kongsi yang lain membenarkan beliau bertindak sebagai penama bagi perniagaan atau perkongsian tersebut, dengan syarat bahawa jika sekiranya pendaftaran Perniagaan bagi perkongsian atau perniagaan tersebut dibatalkan atau terbatal; atau nama sebenarnya telah digugurkan, maka keahlian beliau akan gugur dengan sendirinya.

Melayu yang menjalankan perniagaan di Malaysia yang dilesenkan oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri atau Tempatan di Malaysia atau mana–mana pihak yang berkuasa di Malaysia.


FASAL 6.2.3
AHLI BIASA (PROFESIONAL)

Melayu Profesional ditakrif seperti berikut :

a.   Mereka yang berdaftar dengan badan-badan profesional
b.   Pengarah Melayu dan/atau Melayu yang menjadi Ketua Eksekutif atau
     jawatan yang bersamaan dengannya bagi mana-mana syarikat yang
     diperbadankan di dalam dan di luar Malaysia.


FASAL 6.2.4





FASAL 6.2.5
AHLI BIASA (SYARIKAT)

Syarikat Perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965 dan memiliki seratus peratus (100%) oleh sama ada Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri dengan syarat bahawa Majlis Eksekutif Dewan diberi kuasa menentukan status Syarikat ini dari masa ke semasa, dan dengan syarat syarikat tersebut perlu menyerahkan Borang 24 dan Borang 49 yang kesemasa kepada Majlis Eksekutif Dewan.

Syarikat Perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 Malaysia dan dimilik seratus peratus (100%) oleh Melayu.


FASAL 6.2.6
AHLI BIASA (KOPERASI)

Koperasi yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan Koperasi 1948 yang dimiliki seratus peratus (100%) oleh Melayu.