dpmmnm.org@2017
 
KATEGORI
FASAL 6.2.1










FASAL 6.2.2

AHLI BIASA (INDIVIDU)

Melayu yang menjalankan perniagaan sebagai tuan punya tunggal, atau tuan punya bersama di dalam sesuatu firma yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Semenanjung Tanah Melayu atau Sabah atau Sarawak atau mana mana Wilayah Persekutuan. Seseorang yang memohon untuk menjadi ahli mengikut peruntukan Fasal ini hendaklah mendaftar dengan menggunakan nama perniagaan atau perkongsian tersebut. Untuk tujuan itu beliau perlulah mendapat kebenaran daripada rakan-rakan kongsi yang lain membenarkan beliau bertindak sebagai penama bagi perniagaan atau perkongsian tersebut, dengan syarat bahawa jika sekiranya pendaftaran Perniagaan bagi perkongsian atau perniagaan tersebut dibatalkan atau terbatal, atau namanya telah digugurkan, maka keahlian beliau akan gugur dengan sendirinya.

Melayu yang menjalankan perniagaan di Malaysia yang dilesenkan oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri atau Tempatan di Malaysia atau mana-mana pihak yang berkuasa di Malaysia.
FASAL 6.2.3
AHLI BIASA (PROFESIONAL)

Melayu Profesional ditakrif seperti berikut :

Mereka yang berdaftar dengan badan-badan profesional

Pengarah Melayu dan/atau Melayu yang menjadi Ketua Eksekutif atau jawatan yang bersamaan dengannya bagi mana-mana syarikat yang diperbadankan di dalam dan di luar Malaysia.
FASAL 6.2.4







FASAL 6.2.5

AHLI BIASA (SYARIKAT)

Syarikat Perniagaan yang diperbadankan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan dimiliki  seratus peratus (100%) oleh sama ada Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri dengan syarat bahawa Majlis Eksekutif Dewan diberi kuasa menentukan status Syarikat ini dari masa ke semasa, dan dengan syarat syarikat tersebut perlu menyerahkan Borang 24 dan Borang 49 yang semasa kepada Majlis Eksekutif Dewan.

Syarikat Perniagaan yang diperbadankan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan dimiliki seratus peratus (100%) oleh Melayu.

FASAL 6.2.6
AHLI BIASA (KOPERASI)

Koperasi yang didaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dimiliki seratus peratus (100%) oleh Melayu.
 
follow me on facebook
follow me on google plus
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA
NEGERI MELAKA
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI MELAKA
NO. 71 & 73, JALAN SP 4,
TAMAN SEMABOK PERDANA,
75050 SEMABOK, MELAKA
TEL: 06-2832298 | FAX: 06-2845663
EMEL: dpmmnm@gmail.com / urusetia@dpmmnm.org