MENGENAI KAMI
PAUTAN PANTAS
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI MELAKA
No. 71 & 73, Jalan SP 4,
Taman Semabok Perdana,
75050 Semabok, Melaka.
Tel: 06-2832298
Fax: 06-2845663
Emel: dpmmmelaka@gmail.com
dpmmnm.org@2015
1.  Nama Pemohon
    * Bagi Ahli di bawah Fasal 6.2.1, 6.2.2 dan 6.2.3 dan nama yang disi mestilah sama yang
       terdapat di dalam kad pengenalan pemohon.
    * Bagi Ahli-ahli dibawah Fasal-fasal lain, nama mestilah sama seperti yang tercatat dalam
       rekod Pendaftar Syarikat (ROC) atau Jabatan Pembangunan Koperasi.

2.  Nombor kad Pengenalan (lama dan baru)
     Cuma diisi oleh Ahli-ahli di bawah Fasal 6.2.1, 6.2.2, 6.2.3

3.  Nama Syarikat( nama perniagaan)
     Cuma diisi oleh Ahli-ahli di bawah Fasal 6.2.1, 6.2.2, 6.2.3, 6.2.4, 6.2.5 dan 6.2.6 sahaja.

4.  Alamat Pejabat
     Sila gunakan alamat untuk surat- menyurat

5.  Nombor Pendaftaran
     Mestilah sama seperti yang tercatat dalam ROC atau mana-mana pihak berkuasa yang
     berkenaan sahaja.

6.  Jawatan Dalam Syarikat
     Cuma perlu diisi oleh Ahli-ahli di bawah Fasal 6.2.1, 6.2.2, 6.2.3, 6.2.4, 6.2.5 dan 6.2.6 sahaja.

7.  Pegawai untuk Perhubungan
    Sila nyatakan nama, no telefon dan jawatan yang berkenaan untuk sebarang perhubungan luar.

8.  Modal Dibenar
     Hanya perlu diisi oleh Ahli-ahli di bawah Fasal 6.2.4 dan 6.2.5 seperti yang tercatat dalam M & A
     atau borang 24.

9.  Modal Berbayar
     Jumlah yang direkodkan mestilah sama seperti di dalam penyata kewangan perniagaan
     dan/ataupun M & A atau borang 24.
     Jika ruang tidak mencukupi sila sertakan lampiran. Sebarang perubahan perlulah dilaporkan kepada
     DPMM.

10. Jenis-Jenis Perniagaan
      Jenis perniagaan mestilah sama seperti yang tercatat pada pendaftaran perniagaan dan/ataupun
      M & A. Sebarang perubahan mestilah dilaporkan kepada DPMM.

11. Pemegang Saham
      Sila senaraikan nama pemegang saham dan peratus pegangan. Jika ruang tidak mencukupi sila
      sertakan lampiran.

12. Butir-butir Pengarah
      Sila nyatakan nama Pengarah- Pengarah dan no kad pengenalannya.

13. Dokumen Sokongan
      Sila sertakan dokumen-dokumen yang berkenaan yang telah disahkan samada oleh ROC, atau
      Setiausaha, atau Pesuruhjaya Sumpah, atau Jabatan Penbangunan Koperasi atau Badan
      Profesional yang berkenaan sahaja.

PANDUAN MENGISI BORANG KEAHLIAN