DPMM Melaka terus memperkenalkan perkhidmatan dan perniagaan ahli Dewan Melayu Melaka melalui platform promosi usahawan tempatan.
Zana Spa Muslimah menawarkan pelbagai perkhidmatan spa khusus untuk wanita muslimah termasuk urutan tradisional, rawatan kecantikan wajah, penjagaan badan, pakej pengantin serta terapi relaksasi dalam suasana yang selesa dan privasi.
Selain menyediakan rawatan kecantikan dan kesihatan dalaman, Zana Spa Muslimah turut mempunyai Akademi Spa bagi memberi peluang kepada individu yang berminat untuk mendalami bidang kecantikan dan terapi spa secara profesional.
DPMM Melaka berharap lebih ramai usahawan tempatan terus berkembang dan dikenali melalui sokongan komuniti perniagaan negeri.

