CARA DAFTAR PERMOHONAN KEAHLIAN

Boleh klik sini untuk Borang Permohonan Keahlian DPMM Melaka

https://form.jotform.com/222680885149466

Hendaklah disertakan

  1. Sijil pendaftaran perniagaan (SSM) berserta maklumat pemilik dan maklumat perniagaan yang terkini (3 mukasurat)
  2. Mou (syarikat)
  3. Borang 24,49 / maklumat korporat SSM (syarikat)
  4. Sijil ikhtisas (profesional)
  5. Surat kebenaran dari rakan kongsi (jika perkongsian)
  6. Gambar ukuran pasport
  7. Bayaran

FAEDAH MENJADI AHLI DPMM

Setiap nama dan syarikat berdaftar sebagai ahli Dewan dimasukkan di dalam direktori dan bank data Dewan.  Ini digunakan untuk memperkenalkan syarikat-syarikat ahli kepada pihak Kerajaan, agensi-agensi kerajaan, kedutaan Malaysia di luar negara, pihak swasta dalam negeri/luar negara dan institusi-institusi kewangan bagi mengenalpasti peniaga-peniaga Bumiputera yang layak untuk menjalankan projek mereka.

Ahli Dewan juga diberi keutamaan dalam menyertai kursus-kursus latihan, seminar, forum, dialog dan berbagai-bagai aktiviti anjuran Dewan dengan bayaran minimum.

Dengan menjadi ahli Dewan, peniaga Melayu dapat memperluaskan perhubungan/perjumpaan perniagaan sesama mereka atau dengan pihak luar.

Bagi ahli yang menghadapi masalah perniagaan, Dewan ada menyediakan perkhidmatan kaunseling serta lain-lain bantuan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh ahli-ahli Dewan.

Dewan juga menyediakan beberapa kemudahan untuk ahli-ahlinya mendapatkan perkhidmatan faks, fotokopi, komputer, bilik mesyuarat / persidangan dan mengeluarkan sijil tempasal (certificate of origin).