Kunjungan Hormat ke Naqik Cookies, Masjid Tanah Melaka
Program kunjungan hormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka ke Naqik Cookies di Masjid Tanah. Aktiviti ini mempromosikan jaringan kerjasama dan interaksi dengan komuniti tempatan.
Program kunjungan hormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka ke Naqik Cookies di Masjid Tanah. Aktiviti ini mempromosikan jaringan kerjasama dan interaksi dengan komuniti tempatan.
DPMM Melaka bersama delegasi melawat MARA Negeri Melaka. Perbincangan mengenai peluang kerjasama antara DPMM dan MARA bagi memajukan usahawan tempatan telah diadakan.
DPMM Melaka menerima kunjungan hormat MARA Melaka yang diketuai oleh YDP Tuan Haji Farosham Bin Naizamohideen, Timbalan YDP Puan Shirin Othman, SU Kehormat DPMM Negeri Melaka Puan Saniah Sarip dan AJK DPMM Negeri Melaka.
Peserta kursus PUNB 2024 menerima panduan terkini tentang pembiayaan perniagaan secara percuma di Pejabat PUNB Melaka.

09/07/2024, Ketua KADIN Riau, Bapak Mahsuri, bersama delegasi Riau melawat DPMM Melaka. Lawatan ini bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam bidang ekonomi, budaya, dan adat Melayu antara Melaka dan Riau.

Wakil DPMM Melaka menyambut kunjungan kerja KADIN Provinsi Riau, Indonesia di DPMM Melaka. Lawatan ini termasuk sesi mesyuarat, makan tengah hari, dan perbincangan potensi kerjasama ekonomi dan budaya.
9 Julai 2024 – DPMM Melaka menerima kunjungan hormat Ketua KADIN Riau, Indonesia, Bapak Mahsuri bersama delegasi Riau. Lawatan ini membuka potensi kerjasama ekonomi, budaya, dan adat Melayu antara Melaka dan Riau.
Jom Sertai Taklimat Peluang Pembiayaan Perniagaan PUNB 2024 | 11 Julai 2024
PUNB Melaka akan mengadakan program di atas pada ketetapan berikut:
Tarikh : 11 Julai 2024 (Khamis)Masa : 10.00 hingga 11.00 pagi
Tempat : Bilik Taklimat, Pejabat PUNB Melaka
Bayaran : PERCUMA
Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui info terkini fasiliti pembiayaan yang ditawarkan oleh PUNB.
Sila daftar kehadiran di pautan di bawah atau imbas qr code di eflyers:
https://forms.gle/DgEY8kahEZG85PUY8
JUMPA ANDA DI SANA!!!

29/06/2024 Sabtu
Kami baris wakil Dpmm Melaka menghadiri MAT DPMM ke-55 Di IDEAS Hotel KL..bersama YDP/Naib Presiden Tuan Hj Farosham Bin Naizamohideen, TYDP/Pengerusi Dewanita Malaysia Pn Shirin Othman, Pengerusi Dewanita Melaka Pn Lily Natty Elegance, Pn Hidayah Husin, Pn Nurnidar AJK, Pengerusi Dewan Muda En Muhammad Zafri Mustazah, En Muhammad Arif Qayyum AJK, Fazlina Zakariah Dan saya Saniah Sarip SU DPMM Melaka.

Mesyuarat Agung Tahunan DPMM ke-55 telah berlangsung di iDEAS Hotel, Kuala Lumpur, dengan kehadiran 120 peserta dari pelbagai cawangan. Presiden Encik Norsyahrin Hamidon membentangkan hala tuju DPMM dan perancangan 2024–2025, sambil menyerahkan amanah dari YAB Perdana Menteri. Majlis berjalan lancar dengan silaturrahim antara pusat dan negeri DPMM.