Satu taklimat Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) anjuran Rural Capital Bhd (subsidiari MARA)
25.05.2023
Satu taklimat Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) anjuran Rural Capital Bhd (subsidiari MARA) telah diadakan di DPMM Melaka. Seramai 35 orang peserta telah hadir mendengar taklimat ini. Turut hadir Puan Siti Hajar Aladin, Ketua Unit Pembiayaan RCB HQ dan Puan Nur Azreena Ramdan, Ketua RCB Cawangan Melaka. Tuan Haji Farosham Naizamohideen, Yang Dipertua telah hadir menyampaikan kata aluan dalam program ini.
Skim ini menawarkan pembiayaan mesin/peralatan, ubahsuai kedai dan modal kerja dari RM20k-RM250k dan rebat sehingga 30% (tertakluk kepada terma dan syarat).
Sila hubungi RCB di 06-2323632 untuk info dan maklumat lanjut