Sesi Taklimat Skim Persaraan Swasta dan Pengecualian Cukai
DPMM Melaka telah mengadakan sesi taklimat berkaitan Skim Persaraan Swasta (PRS) yang disampaikan oleh wakil daripada Public Mutual.
Taklimat ini memberi pendedahan kepada ahli berkaitan perancangan persaraan serta manfaat pengecualian cukai bagi individu dan syarikat.
Program ini diharap dapat membantu usahawan meningkatkan kesedaran kewangan dan membuat perancangan masa hadapan yang lebih teratur.





