Sorotan Ahli DPMM Melaka: IV Falak Enterprise
DPMM Melaka terus menyokong dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan ahli Dewan Melayu Melaka melalui platform promosi usahawan tempatan.
IV Falak Enterprise yang mengendalikan Stesen Minyak Petron Peringgit menawarkan kemudahan pengisian bahan api serta pelbagai perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengguna dan komuniti setempat.
Selain menyediakan kemudahan asas stesen minyak, syarikat ini turut memberi penekanan terhadap aspek keselesaan, kebersihan dan layanan pelanggan bagi memastikan pengalaman pengguna yang lebih baik sepanjang perjalanan.
DPMM Melaka berharap lebih ramai usahawan tempatan terus berkembang maju dan memperkukuhkan jaringan perniagaan melalui sokongan komuniti usahawan negeri Melaka.

