Kursus Asas Evolusi TikTok 360° – 24 Jun 2024
DPMM Melaka dan HRDC telah menganjurkan kursus asas TikTok 360° bagi usahawan pelbagai bidang. 10 peserta, termasuk wakil masjid untuk akaun TikTok dana masjid, menyertai kelas secara percuma dan menerima sijil penyertaan. Kursus merangkumi sejarah TikTok, panduan akaun bisnes, navigasi pengguna, serta penggunaan TikTok Ads dan analitik.
Sorotan Program Digitalisasi Perniagaan Bersama Maxis
Pada 14 Mei 2024, DPMM Melaka mengadakan program digitalisasi perniagaan bersama Maxis dan Bank Simpanan Nasional, bertujuan membantu usahawan tempatan meningkatkan kecekapan perniagaan.
Sorotan Ahli DPMM Melaka: BayarLah Digitalisation Program
DPMM Melaka collaborated with Maxis Business to help local businesses digitalise their operations. The program covers transaction security, business management systems, branch handling, e-wallet integration, and unique shift management.

Sorotan Aktiviti DPMM Melaka: Taklimat Kesihatan oleh Mahkota Medical Centre
Pada 25 April 2024, DPMM Melaka menganjurkan taklimat kesihatan mengenai Kanser Kolorektal bersama Dr Azali Hafiz Yafee dari Mahkota Medical Centre. Program ini termasuk pemeriksaan gula dan kaunseling percuma bagi ahli dan masyarakat.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Mesyuarat Agung DPMM Melaka 2024
Dewan Melayu Melaka meraikan Hari Raya Aidilfitri 2024 bersamaan Mesyuarat Agung Tahunan ke-48 DPMM Negeri Melaka. Majlis ini dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, ahli Dewan Melayu, usahawan, dan ketua jabatan, memeriahkan suasana Aidilfitri.
Turut hadir YB Datuk Fairul Nizam Roslan Along, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, dan Encik Norsyahrin bin Hamidon, Presiden DPMM Malaysia. Majlis ini memupuk jaringan kerjasama antara ahli DPMM dan komuniti Melayu Negeri Melaka.




















