Taklimat PERKESO Bersama Ahli DPMM Melaka
Pada 7 Disember 2023, bertempat di bilik seminar DPMM Negeri Melaka, telah berlangsungnya taklimat dari Perkeso. Taklimat diberikan oleh Encik Nasarudin bin Ahmad, pegawai eksekutif kanan Perkeso Melaka. Pelbagai input mengenai akta serta kondisi dan situasi yang membenarkan tuntutan dilakukan.
Lawatan Kebajikan DPMM Melaka ke PDK Nurhidayah Jasin Bestari
Lihat SediPada 19 Oktober 2023, Biro Kebajikan DPMM Negeri Melaka dan Puan @Shirin Othman merangkap Timbalan YDP DPMM bersama-sama ALP KSNB (Koperasi Saudagar Nisa Berhad) telah menyantuni kanak-kanak istimewa di PDK Nurhidayah Jasin Bistari, Bemban. Lawatan ini adalah untuk memberi sumbangan disamping beramah mesra bersama kanak-kanak istimewa di rumah jagaan tersebut.
Mesyuarat syarikat – syarikat bersama delegasi pensyarah dari program Perniagaan Antarabangsa
Mesyuarat syarikat – syarikat bersama delegasi pensyarah dari program Perniagaan Antarabangsa di bawah kerjasama antara Politeknik Kota, Melaka dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka di Selokal Hub
Antara syarikat terlibat adalah
1. Playmad Sdn Bhd (Encik Mamat)
2. Last Box Empire (Encik Rahim)
3. Millenium Metier (Encik Shamsuri)
4. Denki Tsushin PLT (Encik Hezri)
5. Kopi Wafiy (Encik Mamed Khamis)
6. Projaya (Dato Amir Hamzah Bin Tan Sri Aziz Tapa JP)
7. Agarboom Dr Helmi The Gimmick (Encik Shahrizan)
8. Roadtax King (Encik Haikal)
9. Public Mutual (Puan Nurattyna)
10. Solvy Heroes (Puan Mama Angela)
11. Divine Global (Puan Sarah Adam & Encik Ramli)
12. ZMW Music School (Dr Salasiah)
13. Website (Syakir)
14. Syarikat telekomunikasi
15. CETAQ Gempaq Media Services (Hasbi)
Program 10X Bina Bisnes Berjaya 2023
DPMM Melaka mengalu-alukan penyertaan ahli usahawan ke Program 10X Bina Bisnes Berjaya 2023: Kuasai Pemasaran dan Strategi Menarik Pelanggan yang akan berlangsung pada 2 hingga 3 September 2023 di IDCC, Shah Alam.
Program ini memberi fokus kepada pembangunan strategi pemasaran, peningkatan kemahiran perniagaan dan pengukuhan daya saing usahawan.
Penyertaan khas turut dibuka kepada ahli DPMM melalui kerjasama bersama RichWorks International.

Penyertaan DPMM Melaka Dalam Program MAMPU 1.0
Pada 4 Ogos 2023, seramai 10 wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka yang diketuai oleh Yang Dipertua, Tuan Haji Farosham bersama Timbalan Yang Dipertua dan barisan Dewanita telah menghadiri Program MAMPU 1.0 (Majikan, Mahasiswa, Pelajar dan Usahawan) di Mahkota Parade, Melaka.
Program anjuran GPMS Cawangan Ayer Keroh ini turut mendapat sokongan daripada DPMM Negeri Melaka bagi memperkukuhkan jaringan usahawan dan komuniti setempat.