Date: 2 November 2024
Summary/Description:
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Melaka menyertai Program Gegau Gegau di Banda Hilir Melaka. Program ini merupakan inisiatif DPMM Melaka bersama Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa) Negeri Melaka, Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Program ini mendapat sambutan hangat daripada pelbagai pihak dan menampilkan interaksi antara peserta melalui persembahan berbalas pantun. DPMM Melaka diwakili oleh Puan Shirin Binti Othman, Puan Nur Nidar, Encik Ariff Qayyum, Puan Hidayah Hussin, dan Encik Jamil.




