DPMM Melaka telah mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Delegasi yang diketuai oleh Yang Dipertua DPMM Melaka disambut oleh pihak pengurusan fakulti bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara DPMM dan UTeM.
Kerjasama ini dijangka memberi manfaat kepada ahli usahawan, graduan serta pembangunan bidang teknousahawan di negeri Melaka.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat.









