DPMM Melaka berkongsi produk dan perkhidmatan ahli Dewan Melayu Melaka, Impressive Transform Sdn. Bhd., yang terlibat dalam penghasilan perabot dan produk berasaskan kayu.
Syarikat ini menghasilkan pelbagai produk seperti perabot pejabat, sekolah, tadika, hostel dan kediaman, selain menjalankan kerja berkaitan panel, besi dan upholsteri.
Perkongsian ini merupakan usaha DPMM Melaka dalam memperkenalkan produk serta perkhidmatan ahli kepada masyarakat dan komuniti perniagaan.

