Pada 15 Februari 2024 (Khamis), telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Negeri (JKN) DPMM Negeri Melaka Bil. 01 bagi sesi 2024/2025 bertempat di Wisma Orang Kampung, Serkam, Jasin, Melaka.
Mesyuarat ini menghimpunkan barisan kepimpinan dan ahli jawatankuasa DPMM Melaka bagi membincangkan perancangan organisasi, hala tuju program serta usaha memperkukuhkan pembangunan usahawan Melayu di negeri Melaka.
Pelbagai cadangan dan inisiatif telah dibincangkan termasuk kerjasama strategik, pengukuhan jaringan ahli serta aktiviti pembangunan ekonomi dan keusahawanan yang akan dilaksanakan sepanjang sesi 2024/2025.
DPMM Melaka berharap segala perancangan yang dirangka dapat memberi manfaat kepada ahli serta komuniti usahawan tempatan secara keseluruhannya.






