Pada 21 Mac 2024, Dewanita DPMM Negeri Melaka telah menyantuni anak-anak yatim di Kompleks PAYASUM, Paya Rumput Jaya melalui program berbuka puasa dan penyampaian sumbangan.
Program ini mencerminkan keprihatinan DPMM Melaka dalam aktiviti kebajikan serta tanggungjawab sosial bersama komuniti setempat.



