DPMM Melaka terus memperkenalkan perkhidmatan dan kepakaran ahli Dewan Melayu Melaka melalui platform promosi usahawan tempatan.
Ageless Haven Resources menawarkan perkhidmatan dalam bidang latihan dan konsultansi merangkumi pembangunan diri, perundingan imej, etika profesional, komunikasi sosial serta latihan kemahiran insaniah bagi individu dan organisasi.
Dengan pengalaman sejak tahun 2004, syarikat ini turut terlibat dalam pelbagai program latihan bersama agensi, institusi dan organisasi korporat bagi membantu meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan pembangunan profesional peserta.
DPMM Melaka berharap lebih ramai usahawan dan penyedia latihan tempatan terus berkembang serta menyumbang kepada pembangunan modal insan dan komuniti perniagaan negeri Melaka.

