DPMM Melaka terus memperkenalkan perkhidmatan dan perusahaan ahli Dewan Melayu Melaka melalui platform promosi usahawan tempatan.
Cetaq Gempaq Media Services merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan acara, pemasaran media sosial, penghasilan video dan fotografi promosi serta pembangunan kandungan digital bagi membantu meningkatkan penjenamaan sesebuah perniagaan.
Dengan pengalaman dalam pengurusan acara dan promosi digital, syarikat ini turut menyediakan pelbagai penyelesaian pemasaran kreatif untuk membantu usahawan memperluaskan capaian promosi serta memperkukuhkan identiti perniagaan mereka di platform media sosial dan acara fizikal.
DPMM Melaka berharap lebih ramai usahawan tempatan terus memanfaatkan teknologi digital dan strategi pemasaran moden bagi meningkatkan daya saing perniagaan masing-masing.

