Sorotan Ahli DPMM Melaka: Sham Seafood Enterprise

  • Post author:
  • Post published:May 20, 2026
  • Post category:Blog post

DPMM Melaka terus memperkenalkan usahawan tempatan melalui platform promosi ahli Dewan Melayu Melaka.

Sham Seafood Enterprise menawarkan pelbagai hidangan makanan laut dengan gabungan citarasa tradisional dan moden yang sesuai untuk seisi keluarga. Antara menu yang disediakan termasuk makanan laut bakar, goreng-gorengan, hidangan western serta pilihan masakan pedas yang menjadi tarikan pelanggan.

Premis ini beroperasi di Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar, Melaka dan menjadi salah satu pilihan lokasi makanan tempatan yang popular dalam kalangan pengunjung dan warga setempat.