Pada 4 Ogos 2023, seramai 10 wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka yang diketuai oleh Yang Dipertua, Tuan Haji Farosham bersama Timbalan Yang Dipertua dan barisan Dewanita telah menghadiri Program MAMPU 1.0 (Majikan, Mahasiswa, Pelajar dan Usahawan) di Mahkota Parade, Melaka.
Program anjuran GPMS Cawangan Ayer Keroh ini turut mendapat sokongan daripada DPMM Negeri Melaka bagi memperkukuhkan jaringan usahawan dan komuniti setempat.




