DPMM Melaka terus menyokong dan memperkenalkan produk keluaran usahawan tempatan melalui platform promosi ahli Dewan Melayu Melaka.
HNE Horizon Sdn Bhd dikenali menerusi pengeluaran produk makanan dan minuman seperti jus buah campuran, pes masakan serta sambal sedia dimakan. Produk keluaran syarikat ini turut mendapat sambutan positif di pasaran Timur Tengah hasil komitmen mereka dalam menyediakan produk berkualiti tinggi kepada pengguna.

